Perkongsian tips-tips kesihatan dan pemakanan. Serta maklumat terkini tentang teknologi pemakanan tambahan dan isu-isu semasa berkaitan pengguna. Objektif: Meningkatkan kesedaran pengguna dan berkongsi pengetahuan tentang pemakanan tambahan
Friday, 26 February 2016
Pastikan pengguna diberi air yang bersih dan selamat
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut apabila mendapati Kementerian Kesihatan gagal menguatkuasakan peraturan berhubung air dalam mesin minuman, meskipun peraturan ini sudah hampir dua tahun dimasukkan ke dalam Peraturan Makanan 1985.
Kegagalan pihak Kementerian untuk berbuat demikian telah menyebabkan air yang disediakan di dalam mesin minuman (vending machines) dicemari bakteria najis, sepertimana yang didedahkan dalam satu laporan akhbar baru-baru ini. Ramai pengguna yang mengambil air dari mesin minuman sebagai bekalan air minuman mereka mungkin turut terminum air yang tercemar itu.
Pada masa lalu, air paip boleh terus diminum begitu sahaja oleh penduduk. Tetapi memandangkan kualiti air paip semakin menurun, pengguna terpaksa beralih kepada sumber lain untuk mendapatkan ‘air yang bersih’ dengan memasang alat penapis air di rumah, meminum air yang dibotolkan ataupun membeli air dari mesin minuman.
Malangnya ramai yang tidak menyedari bahawa apa yang dipanggil ‘air yang bersih’ itu boelh menjejaskan kesihatan. Misalnya alat penapis air di rumah boleh menjadi punca pencemaran bakteria jika tidak ditukar dengan kerap.
Berhubung air yang dibotolkan, ia dianggap suatu pembaziran disebabkan penggunaan tenaga dalam pengeluaran dan pengedarannya. Selain itu ia juga menimbulkan masalah persekitaran disebabkan pembuangan botol plastik. Sebahagian besar botol-botol itu adalah dalam bentuk botol polyetyhlene melalui penggunaan nombor 1, PET atau PETE. Apabila botol-botol itu disimpan dalam tempoh yang lama atau disimpan di tempat yang panas, ia mula merembes bahan-bahan kimia ke dalam air tersebut. Di negara kita, botol-botol ini dipindahkan dengan lori di mana ada ketikanya suhu boleh mencecah 30°C. Botol-botol ini kemudian disimpan pula di dalam gudang buat beberapa ketika sebelum dijual. Kepanasan menyebabkan bahan kimia lebih cepat merembes masuk ke dalam air tersebut. Meskipun botol-botol itu disimpan di dalam peti sejuk sejak hari ia dibotolkan, bahan kimia masih boleh merembes masuk ke dalamnya.
Di sebalik kenaikan kos penyelenggaraan air, pengguna masih belum menerima bekalan air yang bersih dan selamat. Laporan terbaru mengenai pencemaran air dari mesin minuman seharusnya menyedarkan pihak berkuasa agar memastikan kualiti air minuman dan air paip adalah selamat, dengan menguatkuasakan peraturan berhubung kualiti air.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa air dan Kementerian Kesihatan agar menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada supaya semua pengguna dijamin memperolehi air yang bersih dan selamat.
Surat kepada Pengarang, 3 September 2014
Sumber: CAP
Awas Penyakit Kencing Manis
Proses seterusnya yang terjadi dalam tubuh adalah penguraian karbohidrat menjadi glukosa, yang kemudiannya dialirkan ke dalam darah, supaya glukosa dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai tenaga, diperlukan hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Dalam keadaan di mana terlalu banyak glukosa di dalam darah, pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin dengan jumlah yang mencukupi, sehingga membuat kadar gula di dalam darah meningkat dan terjadilah diabetes.
Penyakit ini juga kerap dihubungkan dengan gaya hidup moden, di mana orang semakin sering mengambil makanan yang tinggi gula dan tinggi kalori (junk food).
Risiko yang akan ditimbulkan oleh penyakit diabetes antara lain ialah kerosakan organ-organ tubuh, komplikasi, buta, malah berakhir dengan kematian. Itu sebabnya diabetes tidak boleh dianggap remeh dan harus dicegah, lebih-lebih apabila keluarga Anda memiliki sejarah penyakit tersebut.
Apa Simptomnya?
Kehadiran diabetes pada tahap awal di dalam tubuh mungkin saja menunjukkan adanya gejala yang aktif, sehinggalah kita mengetahuinya melalui prosedur pemeriksaan kesehatan. (check up).
Sebagai langkah berjaga-jaga, waspadalah bila berlaku gejala-gejala seperti berikut:
• mudah letih
• sering merasa rimas
• berat badan turun mendadak tanpa sebab yang jelas
• selalu merasa haus dan lapar
• sering buang air kecil
• bila luka, lambat sembuh/kering
• emosi mudah berubah
• sering sakit kepala
• kejangpada kaki
• pandangan mata semakin kabur
• jangkitan pada kulit atau gatal-gatal
Lakukan Pemeriksaan Kadar Dalam Gula Darah
Jika berlaku gejala-gejala di atas, ia belum belum tentu dapat mengesahkan Anda menghidap diabetes, namun Anda tetap perlu untuk mendapatkan nasihat doktor untuk melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah.
Tes kadar gula darah biasanya dilakukan sebanyak dua kali: pertama setelah berpuasa 10-12 jam, dan sekali lagi 2 jam setelah makan. Berdasarkan penelitian, diketahui bahwa dalam keadaan normal, kadar gula di dalam darah ketika kita berpuasa adalah kurang dari 110 mg/dl, sementara dalam keadaan setelah makan, kadar gula darah tidak boleh melebihi 140 mg/dl. Bila angka yang muncul sudah mencapai 200 mg/dl ke atas, maka Anda boleh disahkan positif mengidap diabetes.
Bagaimana Mencegahnya?
Lebih baik mencegah daripada mengubati. Sebelum terlambat, cubalah untuk memperbaiki gaya hidup Anda dalam menjalani hidup sihat. Lakukan pula hal-hal seperti berikut:
- Pilihlah karbohidrat kompleks, wholegrain seperti nasi merah, havermut, dan roti gandum lebih baik daripada nasi putih dan roti putih biasa. Selain membuat perut kenyang lebih lama, seratnya juga baik untuk pencernaan.
- Meminimunkan pengambilan gula, seperti gula pasir.
- Kurangkan pengamblan garam. Hal ini juga dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- Hadkan makanan yang mengandung lemak 'jahat' dan kolesterol, seperti daging merah, kuning telur, udang,makanan bergoreng, keju, mentega, marjerin, santan, dll.
- Senaman secara teratur. Bila perlu, dapatkan nasihat personal trainer anda untuk mendapatkan cadangan dan pola latihan yang sesuai dengan keperluan Anda.
Thursday, 25 February 2016
Kenapa Perlu Memilih Nutrilite?
Di saat ini kami melihat kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Mereka mula mencari-cari penyelesaian kepada permasalahan mereka.
Kata-kata hikmah di dalam bahasa arab ada menyebut " الوقاية خير من العلاج"...berpantang itu lebih baik dari berubat. Oleh itu mengambil Vitamin/Suplemen adalah kaedah terbaik sebagai perlindungan daripada segala punca penyakit.
Kenapa Nutrilite?
Lambakan jenama-jenama kesihatan membuatkan kita tertanya-tanya yang manakah satu pilihan yang terbaik....
Di sini kami mencadangkan produk Nutrilite sebagai pilihan kepada penyelesaian mereka.
Proses Penanaman Semulajadi Yang Unik
NUTRILITE adalah SATU-SATUnya vitamin global dan mineral yang menanam, memetik dan memproses tumbuh-tumbuhan di ladang sendiri yang disahkan organik. Semua ladang di lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil semuanya dijaga dan tidak menggunakan racun perosak sintetik, racun rumpai dan baja.
Setakat ini, tiada siapa yang dapat menandingi cara penanaman Nutrilite secara organik. Mereka menggunakan alam semula jadi untuk mengimbangi alam semula jadi. Di bawah adalah contoh jelas yang dapat disaksikan apabila melawat ke ladang organik Nutrilite.
Tiada suplemen lain yang ditanam atau dipetik dengan cara ini untuk mendapatkan yang terbaik dari alam. Memberi perhatian teliti dari biji benih hingga ke Suplemen, dan pengetahuan kami mengenai sains pemakanan, membantu kami membawakan yang terbaik dari alam dan memberikan nutrien yang paling berkualiti yang anda dan keluarga boleh percayai.
Kata-kata hikmah di dalam bahasa arab ada menyebut " الوقاية خير من العلاج"...berpantang itu lebih baik dari berubat. Oleh itu mengambil Vitamin/Suplemen adalah kaedah terbaik sebagai perlindungan daripada segala punca penyakit.
Kenapa Nutrilite?
Lambakan jenama-jenama kesihatan membuatkan kita tertanya-tanya yang manakah satu pilihan yang terbaik....
Di sini kami mencadangkan produk Nutrilite sebagai pilihan kepada penyelesaian mereka.
Proses Penanaman Semulajadi Yang Unik
NUTRILITE adalah SATU-SATUnya vitamin global dan mineral yang menanam, memetik dan memproses tumbuh-tumbuhan di ladang sendiri yang disahkan organik. Semua ladang di lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil semuanya dijaga dan tidak menggunakan racun perosak sintetik, racun rumpai dan baja.
Lihat ini,
https://www.youtube.com/watch?v=eZzaRmeckBMSetakat ini, tiada siapa yang dapat menandingi cara penanaman Nutrilite secara organik. Mereka menggunakan alam semula jadi untuk mengimbangi alam semula jadi. Di bawah adalah contoh jelas yang dapat disaksikan apabila melawat ke ladang organik Nutrilite.
Tiada suplemen lain yang ditanam atau dipetik dengan cara ini untuk mendapatkan yang terbaik dari alam. Memberi perhatian teliti dari biji benih hingga ke Suplemen, dan pengetahuan kami mengenai sains pemakanan, membantu kami membawakan yang terbaik dari alam dan memberikan nutrien yang paling berkualiti yang anda dan keluarga boleh percayai.
Tuesday, 2 February 2016
8 Jenis Makanan Yang Membantu Wanita Cepat Hamil
Credit to : HASNITA Majalah PaMa.
Selain usaha melakukan rawatan perubatan membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya membantu meningkatkan kesuburan sehingga boleh mempengaruhi potensi untuk mengandung.
Jadi, kepada yang wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung.
1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar
Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah oerganik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.
2. Makanan tinggi serat
Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.
3. Sayuran berdaun hijau
Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.
4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar
Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat.
5. Makanan tinggi asid folik
Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.
6. Makanan kaya vitamin C
Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.
7. Kekacang
Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.
8. Produk tenusu
Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.
Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu haria anda supaya cepat hamil!
Subscribe to:
Posts (Atom)