Apa kaitan Protein Dengan Berat Badan Saya?
Tahun baru selalu memberi setiap orang permulaan dan peluang yang baru untuk menilai semula, memfokus dan mencapai matlamat lebih besar. Di antara begitu banyak matlamat yang kita tetapkan buat diri sendiri, pergi ke gim atau makan secara sihat adalah salah satu matlamat dalam senarai kita.
Makan secara sihat dan mengekalkan diet seimbang adalah beberapa perkara yang kita lakukan setiap hari untuk menjadikan kita sihat lagi cergas. Diet seimbang di segi nutrien bererti memberikan tubuh kita jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang cukup demi mengekalkan kesihatan yang baik dan juga berat badan yang sihat.
Sekali lagi Protein merupakan keperluan dalam mencapai kesihatan optimum dan pengurusan berat badan yang betul.
Anda mungkin tertanya-tanya, apa kaitan protein dengan berat badan? Pertama, anda perlu tahu bahawa pengurusan berat badan yang betul memerlukan tiga komponen: makan secara sihat, bersenam, dan suplementasi yang betul untuk tubuh mendapatkan nutrien yang diperlukannya.
Berikutnya ialah, memahami peranan yang dimainkan oleh protein yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat berat badan yang diinginkan. Ini adalah kerana protein yang cukup boleh melengkapkan pengambilan nutrisi anda, dan membantu mencapai penurunan berat badan yang selamat di samping mengekalkan tubuh yang sihat.
Semua orang memerlukan protein dalam diet, tetapi ramai orang mengambil protein kurang daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Untuk atlet befokus ketahanan dan juga kekuatan, keperluan ke atas protein malah lebih penting bagi membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak di samping membantu tubuh memulih daripada aktiviti latihan dan pertandingan yang berat.
Bagaimanapun, bukan atlet sahaja yang perlu mengambil protein secara kerap; malah kita semua memerlukannya. Keperluan protein setiap orang bergantung kepada faktor-faktor ini: usia, saiz, tahap aktiviti. Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8, kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8 gram setiap kilogram berat tubuh dewasa.
Untuk membantu orang ramai memenuhi keperluan protein harian mereka, NUTRILITE™ All Plant Protein Powder (APP) dari syarikat jualan langsung terkemuka Amway, memberikan diet anda protein yang mudah, membantu anda memenuhi keperluan penting harian dan mengekalkan sintesis protein sepanjang hari.
Dengan menambah protein kocak ke dalam rutin diet harian dan memasukkan NUTRILITE All Plant Protein Powder terus ke dalam makanan, tugas untuk memenuhi keperluan protein harian menjadi semakin mudah.
NUTRILITE APP, suplemen yang membekalkan alternatif lengkap berkhasiat kepada daging dan produk tenusu, adalah sesuai untuk mereka yang inginkan sumber protein tanpa lemak dalam diet. Bersumber semula jadi dengan tiga campuran soya, gandum dan pis, minuman NUTRILITE APP membekalkan tubuh dengan 9 asid amino penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan juga dewasa.
Ia juga engah lemak, kolesterol dan tanpa laktosa. Dengan mengambil jumlah disyorkan iaitu 25 gram protein soya sehari, NUTRILITE APP juga membantu mengurangkan kolesterol, menjadikan anda lebih sihat.
“Memahami tuntutan meningkat daripada pengguna ke atas pilihan makanan lebih sihat, kami ingin menawarkan alternatif lebih baik yang membolehkan pengguna tetap berada di landasan yang bermatlamatkan kecergasan dan pengekalan kesihatan,” kata Dr. Gene Maly, Saintis Kanan Penyelidikan NUTRILITE.
Selain Nutrilite APP, Minuman Protein NUTRILITE juga didatangkan dalam perisa Beri Campuran (Mixed Berries) dan Teh Hijau (Green Tea), sesuai untuk mereka yang boleh mengambil produk tenusu. Memahami mereka yang tidak boleh mengambil produk haiwan dan tenusu, NUTRILITE APP merupakan alternatif tebaik bagi mereka yang ingin meningkatkan pengambilan protein.
“Disahkan Halal dan selamat untuk dimakan oleh vegetarian, APP tanpa perisa juga menjadikannya tambahan ideal kepada makanan dan minuman kegemaran anda. Kami yakin NUTRILITE APP akan menjadi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia kerana kita kini semakin sedar mengenai kesejahteraan diri.
Pengenalan Nutrillite APP ke pasaran Malaysia merupakan penambahan hebat ke dalam diet kita kerana pengambilan harian protein memang penting bagi perkembangan tubuh,” tambah Dr. Maly
Diet tinggi protein menjadikan anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga meningkatkan jisim otot tanpa lemak dan kadar metabolik – dua aspek yang boleh membantu mengekalkan berat badan sihat, dan dalam jangka panjang pula menjadikan anda semakin cergas.
Dapatkan kebaikan semula jadi NUTRILITE All Plant Protein Powder, yang tersedia menerusi Pengedar-Pengedar Amway di seluruh negara dan di 20 Kedai Amway terletak di Petaling Jaya, Seremban, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Batu Pahat, Bintulu, Pulau Pinang, Klang, Wangsa Maju, Mentakab, Taiping, Melaka, Segamat, Brunei, Alor Setar, Kuantan, Nusa Bestari, Seberang Perai, Sibu, dan Ipoh. Untuk maklumat lanjut mengenai NUTRILITE All Plant Protein Powder, layari http://www.amway.my/nutrition/nutrilite/energise-your-day atau hubungi Amway di (03) 7946 2800.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=/special/advertorial/Nutrilite/Nutrilite3/Nutrilite3.html#ixzz46zyvO2Lv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment