Wednesday, 10 August 2016

Trusted Brand Asia 2016



Category: Water Purifier
Award level: Gold
Amway eSpring™



Exclusively from AMWAY™, eSpring Water Treatment System delivers clean, high-qualitydrinking water in millions ofhomes worldwide.As well as improving taste and clarity, eSpring destroys more than 99.99%of water borne, disease-causing bacteria in drinking water with ultraviolet (UV) light technology.

eSpring also uses patented Activated Carbon Block Filters to reduce more than 140 contaminants that could potentially affect your health. All while retaining water's beneficial minerals such as calcium, magnesium and fluoride. An LED display shows if eSpring is working properly and signals when it’s time to change the filter cartridges.

eSpring is certified by renowned testing agency NSF International, and has also been awarded the Water Quality Association Gold Seal, which is reserved for systems that meet or exceed industry standards for contaminant reduction, structural integrity and material safety. So it's no surprise that eSpring is the world's No. 1 selling brand of home water treatment systems.

AMWAY, a global leader in direct selling, offers business opportunities and top-of-the line products in the categories of nutrition, beauty and home in more than 100 countries around the globe.

Saturday, 6 August 2016

FAEDAH PENGAMBILAN SUPLEMEN KALSIUM KETIKA DALAM PANTANG.


Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.


Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.


Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.


Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahem untuk kembali ke saiz asal.


Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg dalam sehari.

Tuesday, 26 April 2016

Set Lepas Bersalin/Berpantang Tropical Herbs


Semasa bersalin Munir melalui pembedahan kerana masalah tertelan air mentuban dan Syifa kerana risiko bekas jahitan lama terbuka, saya masih mengamalkan amalan berpantang menggunakan set bersalin/berpantang Tropical Herbs. Keputusan ini saya ambil kerana apabila saya terasa susah bergerak pada awal kelahiran disebabkan pembedahan dan mengambil langkah mengamalkan set bersalin/berpantang Tropical Herbs. Sebelum ini ibu dan seluruh ahli keluarganya berpantang menggunakan herba yang segar dipetik sendiri. Mereka akan mandi herba tiga hari pertama selepas bersalin. Selepas itu mengisar sendiri daun-daun herba, kunyit dan halia utk diminum. Itulah yang mereka amalkan mengikut amalan tradisi turun temurun dari nenek, bapa saudara dan ibu saya. Memang sangat menakjubkan. Bagi sesetengah orang amalan berpantang dipandang remeh tapi bagi saya itulah satu-satunya cara untuk menjaga kesihatan dan badan kita selepas bersalin. Biarlah orang nak kata saya kolot. Saya amat mengesyorkan set bersalin Tropical Herbs ini kerana kaedahnya hampir sama dengan cara berpantang saya sebelum ini. Antara kandungan produk ini adalah seperti berikut:


1. Herba Tea (10 uncang x 2g)


Di ambil mulai hari ke-5 selepas bersalin
Minum 2 kali sehari dengan hidangan selama 5 hari
Rendam satu uncang ke dalam air panas selama 5 minit. Minum semasa teh masih lagi panas. Campurkan dengan satu sudu teh madu, jika suka.


2. After birth 1( 60 kapsul -300mg)


Mula Makan hari ke 10 selepas bersalin (selama 15hari)
2 kapsul di ambil 2 kali sehari selepas makan (2 biji pagi, 2 biji ptg)


3. After birth 2 (80 kapsul x 300mg)


Mula makan hari ke-25 selepas bersalin (selama 20 hari)
2 kapsul di ambil 2 kali sehari selepas makan (2 biji pagi, 2 biji ptg)


4. Herbal Douche (Herba Pembersih Wanita) – 20 uncang x 10g


Untuk digunakan sebaik sahaja selepas bersalin selama 20 hari.
Guna herba pembersih ini 2 kali sehari.
Untuk menyediakan herba pembersih:
a) Rendamkan satu uncang dengan 500ml air panas selama 10 minit ATAU
b) Untuk larutan yang lebih pekat, didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit


Sejukkan larutan sehingga suam-suam kuku sebelum menggunakannya. Basuh bahagian vagina dengan pembersih yang suam-suam kuku, ATAU tuang pati panas dalam besen bulat dan campur dengan 1 liter air untuk mendapatkan larutan yang suam. Letakkan besen di bingkai mangkuk tandas dan duduk di atas larutan tersebut, rendamkan bahagian vagina.
- Setiap uncang boleh diguna 2 kali.


5. Herbal Bath (Herba Mandian) – 20 uncang x 10g


Boleh digunakan mulai hari ke 4 selepas bersalin selama 20 hari
Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit
Tuangkan pati ke dalam baldi dan tambahkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
Gunakan sebagai air mandian.


6. Herbal Massage Oil (Minyak Urut Herba)– 60ml


Gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin
Tuang minyak ke tapak tangan dan gosok tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelum mengurut badan.
Guna 2 kali sehari, terutamanya selepas mandi.
Elakkan daripada terkena pakaian kerana kesan kotoran mungkin kelihatan di sebabkan warna semulajadi herba.
Diikuti dengan campuran Peramping Perut.


7. Baby Oil ( Minyak bayi)- 60ml (Minyak telon)


Tuangkan minyak ke tapak tangan dan gosokkan kedua-dua belah tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada kawasan abdomen bayi.
Sapukan setiap pagi dan petang selepas mandi.
Elakkan daripada terkena mata dan kemaluan bayi.
Elakkan daripada terkena pakaian kerana kesan kotoran mungkin kelihatan kerana warna semulajadi herba.


8. Firming Herbal Blend (Campuran Peramping Perut) – 20 paket x 15g (lebih kurang tapel)


Di gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari
Tambahkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes.
Sapu pes sama rata di atas kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
Gunakan bengkung untuk hasil yang lebih baik.
Pakailah bengkung untuk sekurang-kurangnya selama setengah hari.
Guna seelok-eloknya selepas mandi dan urutan.


Bersihkan pes selepas menanggalkan bengkung.
p/s: Awas! Gunakan hanya selepas 1 bulan jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.


9. Warming herbal Blend (Campuran Penghangat badan) – 15 paket x 15g ( lebih kurang param)


Boleh digunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari.
Guna selepas pengurutan dan pemakaian bengkung di kawasan perut.
Jika tiada pengurutan dan pemakaian bengkung dilakukan, ia boleh dilakukan bila-bila masa pada hari itu.
Tambahkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaulkan hingga menjadi pes.
Sapukan ke seluruh badan kecuali di kawasan muka, perut dan vagina.
Biar kering atau seelok-eloknya selama 2 hingga 3 jam sebelum


10. Calming Herbal Blend (Campuran Penenang) – 15 paket x 3g
(pilis)


*Di gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari.
*Tambah 1 sudu teh air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes yang pekat.
*Sapu pada dahi.
*Biar kering atau seelok-eloknya selama sejam sebelum membersihkannya.
*Elakkan daripada terkena mata.


Sekarang saya juga menjualnya sekiranya anda berminat. Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat PERCUMA BENGKUNG. Sesiapa yang masih mencari set bersalin/berpantang yang mampu milik dan senang digunakan. Boleh sms/whatsapp/call Huda di 0197747027 atau email di abumunir83@gmail.com



Utusan Malaysia Online

Apa kaitan Protein Dengan Berat Badan Saya?


Tahun baru selalu memberi setiap orang permulaan dan peluang yang baru untuk menilai semula, memfokus dan mencapai matlamat lebih besar. Di antara begitu banyak matlamat yang kita tetapkan buat diri sendiri, pergi ke gim atau makan secara sihat adalah salah satu matlamat dalam senarai kita.
Makan secara sihat dan mengekalkan diet seimbang adalah beberapa perkara yang kita lakukan setiap hari untuk menjadikan kita sihat lagi cergas. Diet seimbang di segi nutrien bererti  memberikan tubuh kita jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral  yang cukup demi mengekalkan kesihatan yang baik dan juga berat badan yang sihat.
Sekali lagi Protein merupakan keperluan dalam mencapai kesihatan optimum dan pengurusan berat badan yang betul.

Anda mungkin tertanya-tanya, apa kaitan protein dengan berat badan?  Pertama, anda perlu tahu bahawa pengurusan berat badan yang betul memerlukan tiga komponen: makan secara sihat, bersenam, dan suplementasi yang betul untuk tubuh mendapatkan nutrien yang diperlukannya.
Berikutnya ialah, memahami peranan yang dimainkan oleh protein yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat berat badan yang diinginkan. Ini adalah kerana protein yang cukup boleh melengkapkan pengambilan nutrisi anda, dan membantu mencapai penurunan berat badan yang selamat di samping mengekalkan tubuh yang sihat.

Semua orang memerlukan protein dalam diet, tetapi ramai orang mengambil protein kurang daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Untuk atlet befokus ketahanan dan juga kekuatan, keperluan ke atas protein malah lebih penting bagi membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak di samping membantu tubuh memulih daripada aktiviti latihan dan pertandingan yang berat.

Bagaimanapun, bukan atlet sahaja yang perlu mengambil protein secara kerap; malah kita semua memerlukannya. Keperluan protein setiap orang bergantung kepada faktor-faktor ini: usia, saiz, tahap aktiviti. Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8, kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8 gram setiap kilogram berat tubuh dewasa.

Untuk membantu orang ramai memenuhi keperluan protein harian mereka, NUTRILITE™ All Plant Protein Powder (APP) dari syarikat jualan langsung terkemuka Amway, memberikan diet anda protein yang mudah, membantu anda memenuhi keperluan penting harian dan mengekalkan sintesis protein sepanjang hari.
Dengan menambah protein kocak ke dalam rutin diet harian dan memasukkan NUTRILITE All Plant Protein Powder terus ke dalam makanan, tugas untuk memenuhi keperluan protein harian menjadi semakin mudah.



NUTRILITE APP, suplemen yang membekalkan alternatif lengkap berkhasiat kepada daging dan produk tenusu, adalah sesuai untuk mereka yang inginkan sumber protein tanpa lemak dalam diet. Bersumber semula jadi dengan tiga campuran soya, gandum dan pis, minuman NUTRILITE APP membekalkan tubuh dengan 9 asid amino penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan juga dewasa.
Ia juga engah lemak, kolesterol dan tanpa laktosa. Dengan mengambil jumlah disyorkan iaitu 25 gram protein soya sehari, NUTRILITE APP juga membantu mengurangkan kolesterol, menjadikan anda lebih sihat.

“Memahami tuntutan meningkat daripada pengguna ke atas pilihan makanan lebih sihat, kami ingin menawarkan alternatif lebih baik yang membolehkan pengguna tetap berada di landasan yang bermatlamatkan kecergasan dan pengekalan kesihatan,” kata Dr. Gene Maly, Saintis Kanan Penyelidikan NUTRILITE.

Selain Nutrilite APP, Minuman Protein NUTRILITE juga didatangkan dalam perisa Beri Campuran (Mixed Berries) dan Teh Hijau (Green Tea), sesuai untuk mereka yang boleh mengambil produk tenusu. Memahami mereka yang tidak boleh mengambil produk haiwan dan tenusu, NUTRILITE APP merupakan alternatif tebaik bagi mereka yang ingin meningkatkan pengambilan protein.

Disahkan Halal dan selamat untuk dimakan oleh vegetarian, APP tanpa perisa juga menjadikannya tambahan ideal kepada makanan dan minuman kegemaran anda. Kami yakin NUTRILITE APP akan menjadi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia kerana kita kini semakin sedar mengenai kesejahteraan diri.
Pengenalan Nutrillite APP ke pasaran Malaysia merupakan penambahan hebat ke dalam diet kita kerana pengambilan harian protein memang penting bagi perkembangan tubuh,” tambah Dr. Maly

Diet tinggi protein menjadikan anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga meningkatkan jisim otot tanpa lemak dan kadar metabolik – dua aspek yang boleh membantu mengekalkan berat badan sihat, dan dalam jangka panjang pula menjadikan anda semakin cergas.

Dapatkan kebaikan semula jadi NUTRILITE All Plant Protein Powder, yang tersedia menerusi Pengedar-Pengedar Amway di seluruh negara dan di 20 Kedai Amway terletak di Petaling Jaya, Seremban, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Batu Pahat, Bintulu, Pulau Pinang, Klang, Wangsa Maju, Mentakab, Taiping, Melaka, Segamat, Brunei, Alor Setar, Kuantan, Nusa Bestari, Seberang Perai, Sibu, dan Ipoh. Untuk maklumat lanjut mengenai NUTRILITE All Plant Protein Powder, layari http://www.amway.my/nutrition/nutrilite/energise-your-day atau hubungi Amway di (03) 7946 2800.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=/special/advertorial/Nutrilite/Nutrilite3/Nutrilite3.html#ixzz46zyvO2Lv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Utusan Malaysia Online

APA PERBEZAAN "UBAT" & "MAKANAN TAMBAHAN" ?

SOALAN
**********
APA PERBEZAAN "UBAT" & "MAKANAN TAMBAHAN" ?




๐Ÿ’•Ubat๐Ÿ’•

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dan menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Contohnya sakit kepala, ianya bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sistem badan kita.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.




๐Ÿ’œSupplement (makanan tambahan @ Vitamin) ๐Ÿ’œ

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik dan bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan mengenai bahaya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ia hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat kurang dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, ia menambahkannya ketika mengambil makanan dan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€๐ŸŽ€

Ringkasnya..

1. Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja.

2. Supplement boleh diambil bila-bila masa dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement.

3. Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat.

4. Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit.
.
Cc: Norhayati Saini
STOKIS PENANG (A'MORE)

Sunday, 24 April 2016

Bolehkah Kita Jika Tidak Mahu Amalkan Suplemen?

 Rata-rata masyarakat kita mengetahui kepentingan pengambilan makanan tambahan/suplemen. Penyakit masa kini berpunca daripada makanan yang tercemar ataupun yang mengandungi bahan tercemar. Maka kita ambil suplemen untuk pelindungan daripada penyakit.

Sekiranya diberi pilihan, bolehkah kita memilih untuk tidak mengambil suplemen?

Jawapannya boleh,sebab pilihan di tangan kita....Selagi mana kita banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat tinggi, yang boleh melawan penyakit dan bermanfaat pada tubuh badan, mengambil makanan menurut piramid makanan yang disyorkan serta bersenam dan pengawalan berat badan yang ideal.





PIRAMID MAKANAN YANG BARU.

Kini piramid makanan yang pernah kita pelajari sejak di zaman sekolah dahulu mulai berubah. Hal ini berpunca daripada berubahnya gaya pemakanan moden yang lebih tinggi kalori dan rendah nutrisi yang menyebabkan bertambahnya masyarakat kita yang menghidap obesiti...Daripada obesiti inilah maka timbulnya segala macam penyakit

Ramai pakar nutrisi menyusun semula piramid makanan dengan mengutamakan sayuran sebagai dasar kepada piramid makanan kerana mengandungi nutrien yang tinggi dan kalorinya pula rendah...




Sumber: www.drfuhrman.com

Harvad School of Public Health dan Harvard Medical School juga membuat panduan pemakanan yang sihat yang disebut sebagai Health Eating Plate. Ia juga menjadikan sayuran sebagai sajian yang paling besar dalam makanan.


Masalah lain pula timbul....Adakah sayur-sayuran, buah buahan dan makanan yang lain yang kita ambil bebas daripada bahan tercemar,seperti racun serangga, baja kimia dan GMO..?

Apa itu GMO?
Klik link ini http://www.kidsrighttoknow.com/gmos/

Kesimpulannya terpulang kepada pilihan anda sendiri samada memilih untuk mengambil suplemen ataupun mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat...

Seandainya anda memilih untuk mengambil suplemen, suplemen apa yang terbaik untuk anda kerana terdapat berbagai-bagai pilihan jenama di farmasi dan pasaran sekarang...

Saya mencadangkan agar anda memilih Nutrilite...

Kenapa?

Anda boleh klik link ini http://hudalovenutrilite.blogspot.my/2016/02/kenapa-perlu-memilih-nutrilite_25.html

Friday, 1 April 2016

Kuasa DOUBLE X


Double X memberikan anda tenaga supaya anda boleh melakukan banyak kerja dalam satu hari.

Double X menguatkan pertahanan semulajadi tubuh anda terhadap kuman dan serangan-serangan lain yang tidak kelihatan.

Double X menjadikan anda sihat lebih lama supaya boleh memperoleh lebih banyak daripada setiap peringkat kesihatan.

MENGAPA PILIH DOUBLE X ?
12 vitamin penting
9 mineral penting
17 pekatan tumbuhan yang kaya dengan fitonutrien

Tahukan Anda?
Pekatan Tumbuhan NUTRILITE
Pekatan tumbuhan dalam suplemen NUTRILITE mengandungi banyak fitonutrien daripada pelbagai warna buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu anda mencapai Kesihatan Optimum, Secara Semula Jadi.

Kelebihan Double x :

- Membekalkan tenaga sepanjang hari
- Baik untuk jantung
- Mengandungi KROMIUM. Dapat mengawal gula dalam darah (kencing manis)
- Mengandungi SELENIUM. Dapat meningkatkan metabolisme tubuh (untuk turunkan berat badan).
- Melancarkan perjalanan darah
- Menyingkir toksid dalam darah
- mengandungi 12 vitamin,9 mineral dan 17 pekatan tumbuhan.
- Kandungan mengandungi 62 tablet multivitamin,62 tablet multimineral dan 62 pekatan tumbuhan(186 tablet)
- Berfungsi sebagai anti-oksida dalam badan
- Anti Kanser




Siapa yang perlu mengambil Double X ?

✔ Orang yag sihat untuk melengkapkan diet pemakanan seharian.
✔ Pesakit kencing manis. Double X mempunyai satu mineral yang di namakan Chromiome yang boleh menarik gula dalam darah.
✔ Umur 12 tahun ke atas.
✔ Tidak penggemar sayur-sayuran dan buah-buahan.
✔ Atlet sukan.
✔ Mereka yang ingin menurunkan berat badan

Faedah:

*Memberi jumlah vitamin, mineral dan fitonutrien bermanfaat yang optimum untuk jaminan    pemakanan.
*Memberi bahan tumbuhan semula jadi dan fitonutrien yang berharga (sebatian tumbuhan).
*Salutan tidak mengandungi lilin atau pengisi, sekali gus membolehkan suplemen melarut dengan  cepat agar nutrien boleh diperolehi. Tablet juga lebih mudah untuk ditelan.
*Sesuai terutamanya bagi mereka yang mahu mengelakkan bahan tambahan sintetik.
*Bekalan dua bulan yang menyenangkan; anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja.
*Memberi asas yang kukuh bagi sebarang program suplemen.
*Dua kali sehari memberikan dua peluang untuk tubuh anda menyerap nutrien.
*Memastikan kualiti dan integriti produk.
*Didatangi dengan 3 pek dengan harga RM156. Mempunyai 62 tablet multivitamin, 62 tablet  multimineral, dan 62 tablet pekatan setiap pek.

Friday, 26 February 2016

Pastikan pengguna diberi air yang bersih dan selamat





Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut apabila mendapati Kementerian Kesihatan gagal menguatkuasakan peraturan berhubung air dalam mesin minuman, meskipun peraturan ini sudah hampir dua tahun dimasukkan ke dalam Peraturan Makanan 1985.

Kegagalan pihak Kementerian untuk berbuat demikian telah menyebabkan air yang disediakan di dalam mesin minuman (vending machines) dicemari bakteria najis, sepertimana yang didedahkan dalam satu laporan akhbar baru-baru ini. Ramai pengguna yang mengambil air dari mesin minuman sebagai bekalan air minuman mereka mungkin turut terminum air yang tercemar itu.



Pada masa lalu, air paip boleh terus diminum begitu sahaja oleh penduduk. Tetapi memandangkan kualiti air paip semakin menurun, pengguna terpaksa beralih kepada sumber lain untuk mendapatkan ‘air yang bersih’ dengan memasang alat penapis air di rumah, meminum air yang dibotolkan ataupun membeli air dari mesin minuman.

Malangnya ramai yang tidak menyedari bahawa apa yang dipanggil ‘air yang bersih’ itu boelh menjejaskan kesihatan. Misalnya alat penapis air di rumah boleh menjadi punca pencemaran bakteria jika tidak ditukar dengan kerap.

Berhubung air yang dibotolkan, ia dianggap suatu pembaziran disebabkan penggunaan tenaga dalam pengeluaran dan pengedarannya. Selain itu ia juga menimbulkan masalah persekitaran disebabkan pembuangan botol plastik. Sebahagian besar botol-botol itu adalah dalam bentuk botol polyetyhlene melalui penggunaan nombor 1, PET atau PETE. Apabila botol-botol itu disimpan dalam tempoh yang lama atau disimpan di tempat yang panas, ia mula merembes bahan-bahan kimia ke dalam air tersebut. Di negara kita, botol-botol ini dipindahkan dengan lori di mana ada ketikanya suhu boleh mencecah 30°C. Botol-botol ini kemudian disimpan pula di dalam gudang buat beberapa ketika sebelum dijual. Kepanasan menyebabkan bahan kimia lebih cepat merembes masuk ke dalam air tersebut. Meskipun botol-botol itu disimpan di dalam peti sejuk sejak hari ia dibotolkan, bahan kimia masih boleh merembes masuk ke dalamnya.

Di sebalik kenaikan kos penyelenggaraan air, pengguna masih belum menerima bekalan air yang bersih dan selamat. Laporan terbaru mengenai pencemaran air dari mesin minuman seharusnya menyedarkan pihak berkuasa agar memastikan kualiti air minuman dan air paip adalah selamat, dengan menguatkuasakan peraturan berhubung kualiti air.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa air dan Kementerian Kesihatan agar menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada supaya semua pengguna dijamin memperolehi air yang bersih dan selamat.


Surat kepada Pengarang, 3 September 2014

Sumber: CAP

Awas Penyakit Kencing Manis


Dalam kehidupan sehari-hari, tentu kita tidak terlepas dari sumber tenaga penting yang disebut gula. Karbohidrat seperti nasi, roti, ubi, kentang, pasta dan bijirin adalah sebagian dari sumber gula yang lazim kita makan.

Proses seterusnya yang terjadi dalam tubuh adalah penguraian karbohidrat menjadi glukosa, yang kemudiannya dialirkan ke dalam darah, supaya glukosa dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai tenaga, diperlukan hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Dalam keadaan di mana terlalu banyak glukosa di dalam darah, pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin dengan jumlah yang mencukupi, sehingga membuat kadar gula di dalam darah meningkat dan terjadilah diabetes.

Penyakit ini juga kerap dihubungkan dengan gaya hidup moden, di mana orang semakin sering mengambil makanan yang tinggi gula dan tinggi kalori (junk food).

Risiko yang akan ditimbulkan oleh penyakit diabetes antara lain ialah kerosakan organ-organ tubuh, komplikasi, buta, malah berakhir dengan kematian. Itu sebabnya diabetes tidak boleh dianggap remeh dan harus dicegah, lebih-lebih apabila keluarga Anda memiliki sejarah penyakit tersebut.

Apa Simptomnya?

Kehadiran diabetes pada tahap awal di dalam tubuh mungkin saja menunjukkan adanya gejala yang aktif, sehinggalah kita mengetahuinya  melalui prosedur pemeriksaan kesehatan. (check up).

Sebagai langkah berjaga-jaga, waspadalah bila berlaku gejala-gejala seperti berikut:

• mudah letih
• sering merasa rimas
• berat badan turun mendadak tanpa sebab yang jelas
• selalu merasa haus dan lapar
• sering buang air kecil
• bila luka, lambat sembuh/kering
• emosi mudah berubah
• sering sakit kepala
• kejangpada kaki
• pandangan mata semakin kabur
• jangkitan pada kulit atau gatal-gatal

Lakukan Pemeriksaan Kadar Dalam Gula Darah

Jika berlaku gejala-gejala di atas, ia belum belum tentu dapat mengesahkan Anda menghidap diabetes, namun Anda tetap perlu untuk mendapatkan nasihat doktor untuk melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah.

Tes kadar gula darah biasanya dilakukan sebanyak dua kali: pertama setelah berpuasa 10-12 jam, dan sekali lagi 2 jam setelah makan. Berdasarkan penelitian, diketahui bahwa dalam keadaan normal, kadar gula di dalam darah ketika kita berpuasa adalah kurang dari 110 mg/dl, sementara dalam keadaan setelah makan, kadar gula darah tidak boleh melebihi 140 mg/dl. Bila angka yang muncul sudah mencapai 200 mg/dl ke atas, maka Anda boleh disahkan positif mengidap diabetes.

Bagaimana Mencegahnya?

Lebih baik mencegah daripada mengubati. Sebelum terlambat, cubalah untuk memperbaiki gaya hidup Anda dalam menjalani hidup sihat. Lakukan pula hal-hal seperti berikut:

  • Pilihlah karbohidrat kompleks, wholegrain seperti nasi merah, havermut, dan roti gandum lebih baik daripada nasi putih dan roti putih biasa. Selain membuat perut kenyang lebih lama, seratnya juga baik untuk pencernaan.
  • Meminimunkan pengambilan gula, seperti gula pasir.
  • Kurangkan pengamblan garam. Hal ini juga dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Hadkan makanan yang mengandung lemak 'jahat' dan kolesterol, seperti daging merah, kuning telur, udang,makanan bergoreng, keju, mentega, marjerin, santan, dll.
  • Senaman secara teratur. Bila perlu, dapatkan nasihat personal trainer anda untuk mendapatkan cadangan dan pola latihan yang sesuai dengan keperluan Anda.

Thursday, 25 February 2016

Kenapa Perlu Memilih Nutrilite?

Di saat ini kami melihat kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Mereka mula mencari-cari penyelesaian kepada permasalahan mereka.

Kata-kata hikmah di dalam bahasa arab ada menyebut " ุงู„ูˆู‚ุงูŠุฉ ุฎูŠุฑ ู…ู† ุงู„ุนู„ุงุฌ"...berpantang itu lebih baik dari berubat. Oleh itu mengambil Vitamin/Suplemen adalah kaedah terbaik sebagai perlindungan daripada segala punca penyakit.

Kenapa Nutrilite?

Lambakan jenama-jenama kesihatan membuatkan kita tertanya-tanya yang manakah satu pilihan yang terbaik....

Di sini kami mencadangkan produk Nutrilite sebagai pilihan kepada penyelesaian mereka.



Proses Penanaman Semulajadi Yang Unik

NUTRILITE adalah SATU-SATUnya vitamin global dan mineral yang menanam, memetik dan memproses tumbuh-tumbuhan di ladang sendiri yang disahkan organik. Semua ladang di lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil semuanya dijaga dan tidak menggunakan racun perosak sintetik, racun rumpai dan baja.



Lihat ini,
https://www.youtube.com/watch?v=eZzaRmeckBM

Setakat ini, tiada siapa yang dapat menandingi cara penanaman Nutrilite secara organik. Mereka menggunakan alam semula jadi untuk mengimbangi alam semula jadi. Di bawah adalah contoh jelas yang dapat disaksikan apabila melawat ke ladang organik Nutrilite.


Tiada suplemen lain yang ditanam atau dipetik dengan cara ini untuk mendapatkan yang terbaik dari alam. Memberi perhatian teliti dari biji benih hingga ke Suplemen, dan pengetahuan kami mengenai sains pemakanan, membantu kami membawakan yang terbaik dari alam dan memberikan nutrien yang paling berkualiti yang anda dan keluarga boleh percayai.




Tuesday, 2 February 2016

8 Jenis Makanan Yang Membantu Wanita Cepat Hamil


Credit to : HASNITA Majalah PaMa.

Selain usaha melakukan rawatan perubatan membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya membantu meningkatkan kesuburan sehingga boleh mempengaruhi potensi untuk mengandung.


Jadi, kepada yang wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung.

1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar

Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah oerganik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.

2. Makanan tinggi serat

Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.

3. Sayuran berdaun hijau

Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.

4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar

Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat.

5. Makanan tinggi asid folik

Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.

6. Makanan kaya vitamin C

Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.

7. Kekacang

Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

8. Produk tenusu

Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.

Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu haria anda supaya cepat hamil!

Saturday, 30 January 2016

PROTEIN - SEMUA ORANG PERLUKANNYA


Protein terdapat dalam setiap sel dalam tubuh. Blok binaan yang penting untuk tulang, otot, tulang rawan, kulit dan darah, protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh dewasa yang sihat dan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka yang tidak mendapat cukup nutrien makro penting ini akan kurang tenaga, juga otot serta sistem imun mereka lemah.


Untuk membantu memenuhi keperluan protein harian ini, syarikat jualan langsung terkemuka Amway memperkenalkan NUTRILITE™ All Plant Protein Powder yang membantu menyediakan keperluan harian anda dengan memberikan lebih kebaikan daripada alam. Tiga campuran soya, gandum dan kacang pis yang unik ini membekalkan kombinasi protein dan asid amino yang betul untuk membuat andarasa sihat lagi bertenaga, tanpa kesan sampingan produk haiwan atau tenusu.







“Sebagai salah satu asas nutrien makro diet seimbang, protein perlu dimakan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan,” kata Gene Maly, Saintis Kanan Penyelidikan NUTRILITE.


“Kebanyakan orang menghadapi kesulitan memakan jumlah protein yang disyorkan dalam diet mereka, dan kerana itu menambah sumber protein berkualiti tinggi, seperti NUTRILITE All Plant Protein Powder, membantu memberikan bahan bakar untuk menjana sel-sel, memberikan tenaga kepada tubuh mereka, selain itu juga dapat mengurangkan kolesterol dengan amaun protein yang disyorkan iaitu sebanyak 25 gram sehari.”


Tetapi kebanyakan orang mengaitkan protein dengan daging, ayam-itik, telur dan tenusu. Dalam dunia hari ini, bukan itu yang orang ingin dengar. Ramai orang ingin menggabungkan sebanyak mungkin pilihan berasaskan tumbuhan dalam diet mereka.


Suatu pemerhatian


Kebanyakan asid amino penting yang terdapat dalam Serbuk Protein NUTRILITE yang terdahulu datang daripada tenusu, terutama lembu.


Dalam sejarah NUTRILITE, pemerhatian ke atas diet lembu membawa saat kesedaran bagi pengasasnya, Carl Rehnborg. Sekembalinnya dari China pada awal 1900an, beliau melihat bagaimana lembu paling sihat memakan diet yang terdiri daripada alfalfa dan air – kulitnya lebih berkilat, menghasilkan susu paling banyak, dan pertambahan berat badan paling tinggi. Beliau menyedari bahawa lembu yang hidup sihat memerlukan nutrien penting yang terdapat dalam tumbuhan seperti alfalfa.


Hari ini, saintis NUTRILITE telah membawa pemerhatian Carl Rehnborg selangkah ke hadapan dengan kembali kepada sumber semula jadi, mencipta serbuk protein berasaskan tumbuhan untuk membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan dalam diet manusia bagi mengekalkan kesihatan selular di seluruh tubuh. Idea yang mudah ini telah menghasilkan NUTRILITE All Plant Protein Powder.


Protein menjadikan kita rasa sihat, bertindak sebagai nutrien pembaikan sel, memberikan tenaga dengan menghasilkan hemoglobin – sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, membina otot tanpa lemak, dan menyokong sistem imun dengan menghasilkan antibodi iaitu bahan yang menentang penyakit.


Tetapi protein perlu diganti setiap hari. Keperluan ini menyebabkan ramai individu kurang bekalan dalam tubuh mereka. Tanpa protein yang cukup, tubuh tidak akan berfungsi sebaik yang dimampuinya. Menambah dengan NUTRILITE All Plant Protein Powder adalah cara munasabah untuk mengisi ruang protein yang kosong dalam diet anda.





Tidak makan secukupnya


Diet yang kaya nutrien penting harus menjadi pilihan pertama untuk memberikan tubuh anda khasiat yang diperlukannya. Tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa ramai orang tidak makan jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan, ini menghalang tubuh mereka memperolehi blok binaan yang penting untuk kesihatan.


Tubuh manusia tidak menghasilkan 9 daripada asid amino penting yang terdapat dalam protein, oleh itu ia perlu diganti setiap hari. Jika tubuh anda memerlukan lebih protein berbanding yang anda dapat daripada diet semata-mata, suplementasi memainkan peranan penting bagi membantu mengisi ruang dietari dengan memenuhi keperluan harian anda.


Artikel Penuh: KLIK DI SINI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 18 January 2016

Facial dan Make Up


Alhamdulillah sabtu yang lalu kami telah pun selesai berkursus facial dan make up yang bertempat di Taman Nusa Idaman di rumah Cikgu Olin. Terima kasih kepada tenaga pengajar Diamond Siti dengan FDD Ima,seronok kami belajar dengan kalian.



Yang bestnya kami diberitahu produk yang kami belajar tu namanya ARTISTRY, rupanya Top 5 in the World. Bukan calang-calang barang tu...



Orang-orang perempuan kena ingat,kita kena jaga kesihatan dan kecantikan lebih-lebih lagi untuk sang suami, Biar dia tak berkelip mata tengok perubahan kita. Pilihlah produk yang berkualiti dan selamat,sebab apa yang kami tahu produk ni dibuat daripada bahan produk nutrilite dan organik,maknanya kita tak perlu risau side effect daripada bahan yg ada chemical....best

Dalam kelas tu kami belajar Cleansing, Scrub, Masque dan Massage. Teruja cuba produk ni kat muka sendiri...Terasa tekstur artistry ni tersangatla halus..Kena belajar teknik urutan yang betul...supaya kulit muka sentiasa tegang dan mulus.

Art is try, jom try...lepas ni boleh kot jadi mak andam atau juru solek artis,hehehe...

Untuk pertanyaan, khidmat make up and facial boleh hubungi@whatsapp 0197747027 (Huda)






Testimoni Usahawan Muda: Kenapa saya memilih perniagaan bersama Sate Kebab Akmal?


Perkongsian luahan rasa dari salah seorang ejen kami.Usahawan muda berumur 24 tahun yang baru menghabiskan pengajian di universiti tempatan. Jom baca...*****************************************************************************

Hari ini kiriman pantun dari Puan CEO Jamaiah Wealth, Puan Fatimah Mohd Sani buat saya termenung panjang.

"Demi Ramadhan yang beransur pergi
Sujud merawat hati yang gundah
Demi seruan jihad ekonomi
Sate Kebab menjalin ukhuwah"

Terdetik rasa kesyukuran yang amat kerana dapat dipertemukan dengan jemaah niaga yang sangat bersifat menyokong dan bersaing secara sihat.



Saya teringat ketika membuat keputusan menjadi usahawan sate kebab. Gara-gara topik hangat di group wassap famili yang berkisar tentang kebajikan dan keperluan ibubapa kami di kampung.


CABARAN DUNIA KERJAYA
---------------------------------------


Gambar hiasan semata.
Saya baru sahaja 4 bulan bekerja di Johor Bharu. Orang kata baru nak memulakan hidup setelah bergelar graduan lulusan UITM. Sebagai graduan baru, saya terpaksa berpuas hati dengan tangga gaji yang ditawarkan. Maka, berdikit-dikitlah saya hidup di perantauan mencari rezeki dengan motorsikals ebagai pengangkutan utama ke tempat kerja.

Isu di tempat kerja yang menjadi kerisauan mak & abah mula dibangkitkan. Sudahlah bekerja di tempat pembinaan yang dipenuhi dengan pekerja indonesia dan bangladesh, balik pula lewat malam.

Kerana bimbang akan keselamatan saya yang menunggang motorsikal ke sana kemari, mak saya akhirnya berkeras meminta saya membeli kereta.

KERETA? Mana saya nak cekau bayar pinjaman bulanan? Sekurang-kurangnya RM500 di situ. Fuhh... Tetapi ibu saya telah meminta abang dan kakak membuat tempahan dan meletakkan deposit. Mahu tidak mahu, saya anggukkan kepala saja.

SEWA RUMAH, KERETA, DUIT MINYAK... di bandar Johor Bharu. DUIT MAKAN lagi, kawan-kawan rasa gaji RM2000++ cukup kah? Walaupun saya single? Tak mengapalah, kita ikut saranan menteri dan pakar motivasi ye.. UBAH GAYA HIDUP. BERJIMAT-CERMAT. IKAT PERUT.

Fuhhh... kita kayuh pelan-pelan okay?

MAK ABAH PERLUKAN DUIT BELANJA DAPUR
--------------------------------------------------------------------
Tiba-tiba meletup topik hangat dalam group wassap adik-beradik kami. Berkisar tentang duit poket untuk mak & abah. Saya sebagai anak bongsu, takkan nak tengok saja abang-abang dan kakak-kakak keluar duit tiap-tiap bulan. Ada masa-masa mereka kesempitan tersangkut juga... Lagipun masa saya belajar, semua orang bantu saya. Bila pulak kita nak balas jasa mereka, ek?

Saya terdiam membaca rentetan mesej yang berjela di wassap. Kepala saya ligat berfikir, cara mana lagi aku nak pusing duit gaji bagi cukup dan ikut membantu mak abah?

Tup..tup.. meletup lagi satu isu di group wassap famili. Cerita pasal Mak Abah gigih menyimpan duit untuk pergi menunaikan umrah. Aduhhh! Takkan aku nak tengok saja? Mak Abah sudah tidak kuat bekerja lagi macam muda-muda dulu. Hasil dari kebun kelapa sawit terpaksa di bahagi dua dengan pemotong upahan. Belum modal beli baja dan lain-lain lagi.



MAHU BERNIAGA, TETAPI TIADA ILMU
---------------------------------------------------------
Kalau aku bergantung pada duit gaji sahaja, memang tak lah kan? Aku tahu orang selalu cakap jalan rezeki itu 9/10 datang dari perniagaan. Tetapi aku seram sejuk pula... cukup ke ilmu nak berniaga nih? hahahaha... memang tergelak sendiri.

Bila aku suarakan isi hati pada kakak, aku di ajar satu formula yang mengandung 5 elemen M.E.S.T.I. Kata kakak, kalau aku ikut betul2, formula ni MESTI berjaya!!!

Pertama aku mesti ada MENTOR. Guru perniagaan yang sudah terbukti rekod kejayaan.

Kedua aku mesti ada Emosi+Ilmu (Elmu). Kata kakak, aku mesti komited dan nekad, jelas SEBAB SEBENAR / BIG WHY kenapa aku mahu berniaga. BIG WHY ini pula mesti disokong dengan ilmu perniagaan yang kukuh. Kenapa? Kakak kata, kalau aku ditakdirkan tersungkur dalam perniagaan nanti, BIG WHY inilah yang akan paksa kau bangun semula dan sambung berlari. DONT GIVE UP!

Ketiga, aku mesti ikut SISTEM /STRATEGI. Kakak pesan, sebab itulah ada MENTOR. MENTOR ini telah sedia SISTEM... jejak kejayaan untuk kita ikut. SISTEM yang telah terbukti berkesan.

Keempat, kata kakak aku mesti ada TINDAKAN. Maksudnya, dah ada semua 1-2-3 di atas, kenalah buat. Kalau tak, tak guna!

Akhir sekali, kakak aku suruh aku tulis IMPIAN. IMPIAN tu semua tulis dan tampal kat dinding. Hari-hari belek, baca impian2 tu dan doa secara spesifik. Supaya segala tindakan dan benda2 positif datang kat kita dan menyokong perjuangan ke arah matlamat kejayaan.

Lama gak aku dengar kakak aku membebel, tapi aku tadah je la...

Aku tanya dia balik, sapa mentor yang patut aku pilih?


TIPS MEMILIH PERNIAGAAN / MENTOR
-------------------------------------------------------

Hmm.. kakak tanya aku balik.. berapa modal aku sanggup laburkan?

Seriau aku dengar, memanglah aku ada simpanan. Tapi simpanan berapa sen sangat? Biasa berniaga kena pakai modal puluh-puluh ribu. Mana ada banyak tuuuu.. setakat seribu dua tu gagah le lagi...

Kakak aku cakap, sebaik-baik perniagaan dimulakan dengan modal 'kosong'!

Fuhh! Kosong? Macam tak percaya je....

Ya KOSONG! Haaa... tu dia. Menanah telinga aku bila aku terpaksa bersabar mendengar dia bentangkan semua pilihan-pilihan yang aku ada. Ada perniagaan yang mula dari '0' ada yang RM74, ada yang RM100++... Paling penting, ada margin keuntungan dan tinggi jualan berulang!

Ohhhh.. begitu ke?

Amik masa 2-3 minggu jugaklah nak fikir. Setelah solat istikharah bagai, akhirnya aku memilih untuk mencuba perniagaan sate kebab.

SATE KEBAB AKMAL
----------------
Aku pilih Sate Kebab Akmal sebab aku boleh bermula dengan modal yang rendah.

Satu lagi, jualan makanan sejuk beku ini boleh melibatkan mak abah tanpa perlu mereka berkerja kuat. Aku tinggalkan stok di kampung, mak abah jaga stok dan inform aku untuk refill. Kalau ada orang nak beli terus dari mak abah, aku tak risau sangat. Orang tua aku lagi terror berniaga pun sebenarnya.

Aku ada pilihan untuk jadi ejen dengan jualan 15 pek.. jadi modal aku lebih kurang RM100++ sahaja. Tetapi aku ambil keputusan untuk mengambil pakej freezer.. pakej NEUTRON.



Sah sehingga diberitahu kelak.


Bukan setakat freezer yang aku dapat, kiosk kecik, stok 75 pek, topi dan baju pun aku dapat. Lengkap sudah kalau aku mahu berniaga FOOD STANDING. Mobile plak tu. Senang di bawa ke mana-mana lokasi perniagaan.




Fuhhh... banyak lagi aku kena belajar dalam selok-belok perniagaan makanan sejuk beku ini. Tetapi group telegram yang mengumpulkan jemaah niaga, banyak membantu aku. Bimbingan perniagaan dari CEO Jamaiah Wealth (rakan kongsi Akmal Food Industry yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan usahawan muda), tim online marketing(blogger, fb ads specialist) dan juga perkongsian ilmu offline marketing dari stokis dan pemborong-pemborong yang lain.

Paling BEST, aku didedahkan dengan jalan perjuangan yang lebih bermakna. JIHAD EKONOMI. Perjuangan untuk berdiri sama tinggi dengan kelompok-kelompok lain yang telah lama menguasai ekonomi di Malaysia.

Bimbingan motivasi dan keruhanian dari Puan Fatimah Mohd Sani memang terbaik! Terasa macam aku berjalan dalam terowong yang gelap, kemudian ada orang datang memimpin tangan aku dengan lampu suluh yang terang.

Inilah cerita picisan tentang aku. Tentang perjalanan aku yang baru bermula.

Doakan aku kawan-kawan. Agar dapat mencapai impian dan memenuhi hasrat mak abah.

Doakan aku terus upaya membantu lebih ramai lagi di luar sana.

Amin ya rabbal alamin...


Nukilan: Yaya Dahlan @ 012-759 0114
Ejen Sate Kebab Ayer Hitam-Yong Peng
https://www.facebook.com/satekebab.ayerhitam

Rahsia 8 Makanan Kesihatan Sunnah


1.DELIMA

Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

2. KURMA

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3.ZAITUN

Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

4. ZA’FARAN

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

5. BUAH TIIN

Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6.HABBATUS SAUDA’

Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

7.MADU

Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”

8. KISMIS

Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"

wallahu'alam..

HATI menentukan FIKIRAN. FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN.


Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah

perbanyakkan selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W"

Sunday, 17 January 2016

The Shocking Truth About Bread




APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006)

Maklumat Dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang - FAKTA BENAR – Bahaya Roti !!

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg .




Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.




sumber:CAP

Musim bunga di Khatulistiwa


Semasa sedang mencari-cari gambar di my computer, terjumpa pulak gambar 2014 yang menarik ni. Suasana macam musim bunga kat Korea dan Jepun pulak.

Kitorang panggil pokok ni Pokok Reban@Leban , biasa tumbuh di kawasan belukar, hutan dan kebun kalau tak di jaga bersih.

Pelik la jugak,kenapa la majlis bandaran beriminat nak tanam pokok ni di kawasan perumahan.Walaupun rasa macam takde faedah,tapi rasalah jugak kitorang berteduh dan menikmati pemandangan hijau.Alahamdulillah...

Kitorang mula rasa tertarik dengan  pemandangan ala-ala musim bungan dan luruh.  kecantikan bunga-bunganya yang mekar berkembang dan gugur beraneka warna iaitu ungu,putih dan merah jambu...

Sampai sekarang kitorang menanti-nanti musim ni berulang lagi,malah menjadi misteri sampai sekarang, ia masih lagi tidak berbunga...

Kesudahannya pokok tu kitorang tebang kerana bimbang ia semakin membesar dan takut ia menjadi ancaman dan standby je le dengan panas terik matahari.

So depan tu nampak lapang kitorang pun tanam pokok pelam pulak.....